Friday, November 28, 2014

Tempahan Apam polkadot



50 pcs Apam polka dot dah selamat sampai pada tuannya. 

50pcs with mix filling. Ada coklat, blueberry dan strawberry.

Untuk membuat tempahan boleh sms / whatsapp Fina 012-6297981

Delivery / self pick up sekitar Jasin dan Ayer Keroh.


Untuk update dan info pantas boleh terus ke facebook kami


Monday, November 24, 2014

Cerita Jumaat lepas

Jumaat lepas acik amik cuti, dalam misi nak menghabiskan cuti rehat yang ade berbelas hari lagi.. Hehehe... Sambil-sambil tu ambil kesempatan sekali la sipakan order customer. 

200 pcs mix tart. Tempahan dari kakak ipar acik. Sabtu tu ada birthday celebration untuk anaknya Hidayah. Dah 5 tahun dah anak buah acik ni... Hehehe... Sorry ye Hidayah acik Pnut tak dapat datang. Pak Man tak ada, susah sikit nak jalan jejauh ni. Tengok gambar, birthday theme nya minions... waaa... Kalau Aisyah ada mesti dia suka... 


Thanks ya kak Obien sebab order dengan kita... Harap maaf kalau ada yang terkurang... 
Sebenrnya tak adalah susah mana nak siapkan 200pcs ni. Tapi disebabkan kekurangan stok kulit tart, jadinya terpaksa la gentil kulit dulu... Hehehe... Anak-anak acik dah poskan ke rumah pengasuh awal pagi lagi. Hehehe... 


Bukan apa, cepat sikit acik siapkan order nanti, sebab petang tu nak pass kan order ni pada adik ipar acik. Dia la yang akan bawakan tart ni ke KL... Hehehe... Makanya bergegaslah acik menyiapkan order..



200pcs dengan 50pcs setiap satunya...



Lepas siapkan order-order ni, acik pon fetch anak-anak di rumah pengasuh dan terus ke Jusco Ayer Keroh untuk delivery tempahan ni...


Sempat jugak maksu budak-budak ni belanja makan Sushi King... Hehehe,,, Paling seronok Aisyah la. Siap nak ikut maksu dia balik... Tapi umie kene ikut sekali kata dia... Kehkehkeh...



Untuk mereka yang nak menempah dalam kuantiti yang banyak mohon buat tempahan awal-awal ye. Sempatlah acik preparekan kulit tartnya. Kalau main terjah-terjah aje nanti takut ada yang kecewa...

Seperti biasalah kalau nak menempah boleh terus sms / whatsapp Fina 012-6297981. Self pick up / delivery sekitar Jasin & Ayer Keroh.




Banyaknya Produk yang Pending

Sebenarnya ade la 2-3 produk baru untuk Amani Homebakers acik nak intro. Tapi asek terpending aje. Tempahan cheese tart, kulit tart, apam bintik aje dah tak menang tangan. Tu pasal la tak sempat-sempat nak intro... 

Acik ni 8.30-5.30 koje la dekat office. Nak siapkan tempahan cutomer sebelah malam. Tu pun bila anak-anak dah lena... Kalau hujung minggu tu biasanya acik restok kulit tart untuk tempahan minggu berikutnya tu. Kalau tak banyak tempahan acik bawak anak-anak jalan-jalan. Kadang-kadang balik rumah mertua.

Tu pasal bila ada tempahan-tempahan yang mengejut-mengejut ni kadang-kadang acik tak boleh nak terima. Harap maklum... hehehe...

Haa... letih memang letih. Tapi acik enjoy... stress keje pon hilang... (stress sangat ke keje tu..??)..

Lagi tiga tahun acik nak request untuk resign la kat husband acik. Nak tumpu 100% pada Amani Homebakers ni. 

Bila ada minat, macam ni la... Penat macam mana pun tetap akan cari masa untuk baking... 

Hmmm... tunggulah nanti acik intro produk-produk yang pending tu. 
Ni acik ade projek buat pop cake untuk birthday anakanda puteri sulung,

Owh... acik jugak ambil tempahan pop cake untuk majlis-majlis ye... Tapi kene inform awal la ye... Almaklumlah... macam acik cakap tadi... acik ni koje disiang hari... Hehehe...




Nota kaki:
Asik siapkan tempahan customer, tapi sendiri punye tekak teringin nak makan pon kene pending jugak... huhuhu...

Thursday, November 20, 2014

Loyang pembakar Baruuuu...~

Disebabkan order yang semakin bertambah, acik decide nak cari loyang pembakar baru, yang boleh muat dengan oven acik yang tak berapa nak besar tu. Loyang sedia ada cuma boleh letak 35 keping kulit tart aje. So ambil masa sikit la nak membakarnya. 


Ni aje lah size loyang yang boleh muat dalam oven acik, dan boleh letak 49keping kulit tart. Ok la kan.. dari yang sebelum ni hanya 35keping aje... hehehe... 

Malam tadi bersengkang mata lepas anak-anak lena, siapkan tempahan kulit tart customer... Alhamdulillah... Rezeki Allah bagi tak pernah putus. Nak dengan tak nak aje nak usaha kan... 



Untuk yang nak menempah kulit tart atau cheese tart boleh terus sms /  whatsapp Fina 012-6297981. Terma dan syarat untuk tempahan boleh lihat kat sebelah kanan tu. Cumanya untuk tempahan kulit tart melebihi 2 pek (200pcs) hendaklah memaklumkan seminggu awal. Jadinya ada la masa acik nak siapkan kulit tart tu. Almaklum la acik ni ade kerja hakiki. hehehe...

Untuk update terkini dan pantas boleh terus ke Facebook kami Amani Homebakers


Amani Homebakers
012-6297981

Tuesday, November 18, 2014

Harga Baru Nutella Cheese Tart



Okeyh untuk penggemar-penggemar Nutella Cheese Tart dari Amani Homebakers, kini kami menawarkan harga terbaru untuk anda

Kalau dulu hanya available untuk 25pcs kini boleh didapati dalam 50pcs jugak...

Untuk tempahan boleh sms / whatsapp Fina 012-6297981
Self pick up / delivery sekitar Jasin dan Ayer Keroh

Untuk update lebih pntas mengenai Amani Homebakers boleh add kami di Facebook


Resepi Susu Badam



Siapa pernah cuba susu badam campur kurma ni..??
Sedap tau... lebih berkhasiat dari susu soya.

Rasanya dah ramai yang tahu tentang kebaikan badam ni. 
Bagus untuk ibu-ibu yang hamil dan menyusukan.

Saya amalkan susu badam + kurma ni sebagai milk booster.
Semestinya homemade dan tak ada preservative... 

Instead of beli milk booster yang harga macam nak terkeluar bijik mata tu better kita buat sendiri...
For 1 kilo badam boleh tahan sebulan kot. modal cuma less than RM50.. hehehe...

Seriusly saya tengok harga-harga produk yang kononnya boleh menambah susu badan sangatlah mahal. Ade tu untuk 8 ketul coklat harga smpai rm30...
untuk 10 sachet harga sampai rm60... phewww... tu untuk di consume berapa lama tu..??

Lets back to the basic concept of breastfeeding DEMAND and SUPPLY
And perkara yang tak kurang penting nya adalah MINDSET anda.

Dah... tak payah nak sembang panjang-panjang jom acik tunjukkan macam mana nak buat susu badam ni.


Bahan-Bahan :
1 cawan badam mentah... 
4 cawan air
7-11 biji kurma
Gula sesedap rasa (tak perlu pon tak apa)

Cara-cara :
Kekdahnya sama macam buat susu soya homemade

1. Rendam kacang badam 7-8 jam (atau semalaman)
2. Masukan badam, kurma yang dibuang biji, dan 4 cawan air blend sehingga hancur badamnya tu.
3. Tapiskan guna penapis kopi... Penapis kain tu ye. Perah hampas-hampas tu bagi keluar habis airnya.
4. Didihkan sebentar atas api. Boleh tambah gula kalau mahu.
5. Biarkan sejuk seketika, masuk dalam botol dan simpan sejuk. Lebih sedap jika diminum sejuk.

**Sila habiskan susu ni dalam tempoh 3-4 hari dari tarikh ianya dibuat... hehehe... kalau lambat nanti dia basi.

Boleh la amalkan segelas setiap hari... Nak minum lebih pon boleh...
Masakkan kan la susu badam ni seminggu sekali... Amalkan.

Nak cari badam murah boleh cari dekat kedai jual barang-barang buat kek. Kalau kat tempat saya ni sekilo baru RM35.

Kalau ibu-ibu yang mengandung ni, amalkan susu badam kurma ni untuk perkembangan otak anak. Dari minum soya tu kan... nanti baby keluar kulit nye sensitip... 
Hehehe... 



nota kaki :
sejak-sejak dah mula kerja ni acik tak sempat-sempat nak buat susu badam. Beli freshmilk dan kurma concentrate aje la... Tu je la sempat nak minum pagi-pagi... hehehe..

Thursday, November 13, 2014

Tak menang tangan

Alhamdulillah tempahan makin menjadi-jadi sekarang ni...
Tak meanang tangan dibuatnya...
Tart shell mmg laju je habis kalau buat stok...

Lagi pula sekarang ni acik dah revise kan harga-harga cheese tart acik..
Mana harga yang ok tu acik maintain kan aje
Mana yang agak-agak mahal tu acik kurang sikit...
Supaya semua orang boleh menikmati cheese tart dari Amani Homebakers dengan penuh kepuasan.. Hehehe... 

Jom la layan gambar-gambar tempahan dari pelanggan-pelanggan acik ni..










Untuk Tempahan boleh terus sms / whatsapp Fina 012-6297981
Delivery/ self pick up sekitar Jasin & Ayer Keroh


Untuk update pantas anda boleh terus ke facebook kami


boleh add kami atau follow kami.